Download Lebih Daripada 150,000 Movie Free!

First Name:
Email address:

Kali ini pihak Melayu Boleh akan menceritakan tentang seorang lagi tokoh yang telah membuktikan Melayu Boleh kepada dunia. Tokoh yang dimaksudkan adalah Datuk Azhar Mansor, pelayar Malaysia berbangsa Melayu pertama yang berjaya mengelilingi dunia menaiki kapal layar yang tidak menggunakan enjin berseorangan.

Datuk Azhar Mansor telah mengambil masa selama 104 hari pada tahun 1999 untuk mengelilingi dunia menaiki kapal yang diberi nama Jalur Gemilang. Satu khabar angin telah tersebar yang mengatakan bahawa Datuk Azhar Mansor telah bertukar kepada agama kristian ketika berada di Australia dan khabar angin ini dikatakan hanyalah palsu dan fitnah semata-mata. Datuk Azhar Mansor pada ketika ini sedang menendalikan Telaga Harbour Park di Langkawi. Pada 11 Ogos 1999, Datuk Azhar Mansor telah selamat kembali ke Malaysia di Awana Porto Malai Resort, Pulau Langkawi. Ini adalah satu sejarah yang patut dibanggakan oleh rakyat Malaysia terutamanya Melayu kerana dengan kejayaan ini, ia telah membuktikan bahawa Melayu Boleh!.

Datuk Azhar Mansur

Datuk Azhar Mansor

Jalur Gemilang

Jalur Gemilang, Kapal Layar Yang Dinaiki Datuk Azhar Mansor

Datuk Azhar Mansur Dan Tun Mahathir

Datuk Azhar Mansor Bersama Datuk Seri Dr. Mahathir


Satu lagi coretan dari Melayu Boleh.

1 comments
  1. eddie 25 July, 2013 20:02  

    zaman dahulukala orang Melayu antar pelayar yang terhebat di lautan meredah samudera Melayu boleh selamanya