Download Lebih Daripada 150,000 Movie Free!

First Name:
Email address:

Pada post yang lepas, Kami telah bercerita tentang Melayu Boleh - Tunku Abdul Rahman. Kali ini pihak kami ingin bercerita tentang Tun Dr. Mahathir Mohamad. Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah seorang lagi tokoh yang telah membuktikan Melayu Boleh dimata dunia. Tun Dr. Mahathir Mohamad dilahirkan pada 20 December 1925 dan merupakan bekas perdana menteri Malaysia yang ke-4. Sumbangan Dr. Mahathir kepada negara Malaysia serta rakyat adalah sememangnya tidak dapat dinilai dengan apa sekali pun.

Tun Dr. Mahathir dikenali sebagai seorang yang genius dan sangat dihormati oleh dunia. Beliau berjaya menaikkan nama Malaysia dimata dunia semasa pemerintahannya. Malaysia yang dulunya tidak dikenali oleh segelintir individu telah gah dimata dunia semasa pemerintahan beliau.

Beliau juga digelar sebagai Bapa Permodenan Malaysia dan merupakan perdana menteri yang paling lama memegang jawatan sebagai perdana menteri Malaysia iaitu dari 6 Julai 1981 hingga 31 Oktober 2003. Semasa pemerintahan beliau, begitu banyak permodenan yang telah beliau jalankan dan kebanyakkan kemiskinan dapat dihapuskan. Petronas Twin Tower juga berjaya dibina dikala pemerintahan Dr. Mahathir Mohamad. Pada tahun 1997, majalah Asiaweek telah menamakan Dr.Mahathir sebagai antara 50 individu yang paling berkuasa di Asia, dimana beliau menduduki tempat kedua dalam senarai yang dikeluarkan oleh majalah tersebut.

Penamaan beliau memang tepat kerana ekonomi dunia ketika itu berada dalam kegawatan manakala krisis matawang melanda kebanyakan negara di dunia terutamanya negara-negara di Asia seperti Indonesia, Thailand dan Filipina. Dr. Mahathir berjaya mengawal kegawatan ekonomi dengan menambat ringgit kepada dollar Amerika, satu pendekatan yang mendapat kritikan hebat pada mulanya oleh badan kewangan dunia seperti Bank Dunia dan International Monetary Fund (IMF). Terbukti kesannya, Malaysia adalah satu-satunya negara yang berjaya melepaskan diri daripada belenggu kegawatan tersebut tanpa perlu 'mengikat diri' kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh IMF seperti yang berlaku kepada negara-negara lain di Asia. Malah, Pengurus Besar IMF, Horst Kohler, pernah memuji tindakan yang diambil Dr. Mahathir dalam mengawal matawang negara. Malaysia tidak mungkin dapat melupakan jasa Dr. Mahathir Mohamad kepada negara dan namanya sentiasa akan dikenang sebagai genius Malaysia.


Dr. Mahathir Mohamad
Dr. Mahathir Mohamad

Dr. Mahathir Mohamad
Dr. Mahathir Mohamad dan isteri

Petronas Twin Tower
Menara Berkembar Petronas

1 comments
  1. eddie 25 July, 2013 20:05  

    dengan sloga Malaysia Boleh yang dibawa oleh Dr.M...membuka mata kita untuk terus maju kedepan...Melayu boleh