Download Lebih Daripada 150,000 Movie Free!

First Name:
Email address:

Seorang tokoh melayu yang telah membuktikan bahawa Melayu sememangnya Boleh dari tika saat kita merdeka lagi ialah Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Satu nama yang tidak patut kita lupakan dan sememangnya tidak asing lagi di kalangan rakyat Malaysia dari segenap peringkat umur tidak kira remaja mahupun dewasa. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj merupakan perdana menteri Malaysia yang pertama selepas Malaysia di isytiharkan sebagai sebuah negara yang merdeka dan bebas dari jajahan mana-mana negara.

Tunku Abdul Rahman

Wajah Yang Patut Dikenang Kerana Berjaya Memerdekakan Malaysia


Detik Kemerdekaan

Detik-detik pengistiharan Kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman



Bukti yang dapat diberi bahaya Tunku Abdul Rahman sememangnya layak untuk menjadi contoh dalam mengatakan kepada dunia bahawa Melayu Boleh adalah Tunku Abdul Rahman telah berjaya mendapatkan kemerdekaan bagi Malaysia dengan menggunakan pen dan bukannya peperangan. Dalam proses perundingan mencapai kemerdekaan Malaysia dengan pihak British, tiada tentera Malaysia yang terkorban akibat berjuang demi kemerdekaan Malaysia. Ia sememangnya satu cara yang amat mengagumkan mendapat kemerdekaan tanpa kekerasan dan dengan hanya menggunakan sebatang pen.

Ini hanyalah sedikit bukti yang ditunjukkan oleh Tunku Abdul Rahman atau diberi gelaran sebagai Bapa Kemerdekaan bahawa sememangnya Melayu Boleh.

Coretan daripada Melayu Boleh untuk tatapan dunia.

0 comments