Muhammad Hafiz Hashim merupakan seorang pemain badminton negara yang telah berjaya mengharumkan nama Malaysia di mata dunia apabila telah menjuarai pertandingan All England pada tahun 2003 dan telah membuktikan bahawa sememangnya melayu boleh di mata dunia.
Hafiz Hashim dilahirkan pada 13 September 1982 di Kota Bahru, Kelantan, Malaysia. Hafiz Hashim merupakan salah seorang anak didik Misbun Sidek iaitu salah seorang dari anak-anak Sidek yang juga merupakan bekas pemain badminton kebangsaan. Kejuaraan Hafiz Hashim dalam mengondol kejuaraan All England sangat bermakna buat rakyat Malaysia kerana ianya sekaligus telah menangkat nama Malaysia di mata dunia dan secara langsung membuktikan bahasa Melayu Boleh!. Beliau telah melangsungkan perkahwinan dengan seorang wanita yang sangat menawan bernama Shima.
Antara kejayaan-kejayaan yang telah digondol Hafiz Hashim sepanjang penglibatannya sebagai atlet badminton negara ialah :
- 2002 Commonwealth Games Champion
- 2003 All England Open Champion
- 2003 Dutch Open Runner Up
- 2005 Thailand Open Champion
- 2005 Swiss Open Champion
- 2005 Dutch Open Champion
- 2005 German Open Runner Up
- 2005 Denmark Open Runner Up
- 2005 Sudirman Cup Champion(second division)
- 2006 Philippine Open Champion
Hafiz Hashim menjuarai Philippine Open
Perkahwinan Hafiz Hashim bersama Shima
Hafiz Hashim memegang piala All England
Oleh kerana masa amatlah mencemburui kami, maka pihak melayu boleh akan menceritakan lebih banyak tentang kehebatan-kehebatan atlet-atlet Malaysia pada masa akan datang.
Sources : wikipedia.com
testing komen
Melayu boleh boleh bro...tapi dah xde pemain badminton Melayu yang berjaya selepas itu